Monday, July 2, 2012

LTSA ... long term service award

Salam semua ...

Baru-baru ni, my office ada buat Sports Carnival kat Penang ... and ada jugak Grand Dinner di mana staff-staff yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 15 tahun telah di beri penganugerahan "Long Term Service Award" ... and guess what ?? myself jugak adalah diantara penerima anugerah itu ... 





Masuk dalam akhbar KOSMO youuuu ... jangan marahhh ... baca artikel kat bawah ni ... ^_^ ...



 2 Julai 2012
http://ads.perfisio.com/www/delivery/lg.php?bannerid=373&campaignid=304&zoneid=48&loc=1&referer=http%3A%2F%2Fkosmo.com.my%2Fkosmo%2Fcontent.asp%3Fy%3D2012%26dt%3D0702%26pub%3DKosmo%26sec%3DKomuniti_Kita%26pg%3Dkk_04.htm&cb=50c7a65a23KOMUNITI KITA
Malakoff hargai sumbangan warga kerja
SEBAHAGIAN warga kerja Malakoff yang diraikan pada program hari keluarga di Pulau Pinang baru-baru ini.



PENGHARGAAN. Bagi menghargai sumbangan warga kerjanya, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) baru-baru ini menganjurkan Hari Keluarga dan Penghargaan 2012 selama dua hari di George Town, Pulau Pinang.

Bertemakan Tubuh Sihat, Minda Sihat, program tersebut melibatkan acara padang dan sukaneka manakala kemuncaknya ialah majlis makan malam di Hotel Berjaya George Town yang dihadiri kira-kira 1,000 warga Malakoff serta keluarga masing-masing.

Pada majlis itu seramai 127 warga Malakoff menerima anugerah lama berkhidmat yang menerima sijil dan wang tunai disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainal Abidin Jalil.

Manakala 25 anak-anak kakitangan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia pula menerima insentif RM500.
Iklan@KOSMO!

 

No comments:

Post a Comment