Friday, May 27, 2011

Prasangka or Buruk Sangka ...

Salam semua ...

Meh kita hayati tajuk di atas ...


Sifat buruk sangka termasuk sifat yang tercela, kerana ia dapat menimbulkan fitnah yang sangat besar. Dalam Al Quran, Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)  

Jadi jelaslah berprasangka buruk itu berdosa, maka berusahalah menghindarinya dengan cara banyak mengingat kebaikan seseorang. Ketika prasangka itu datang, banyakkan berzikir kepada Allah dan tepis sifat tersebut dengan mengingat dosa yang akan kita terima jika tetap dalam berprasangka buruk.

Kadang-kadang kita  sendiri pun tak sedar yang kita dah berprasangka pada orang lain ... sebab, kita sendiri selalu gagal utk membezakan antara prasangka dengan fakta .... sampaikan kadang-kadang tu, kita ingat kita sedang menyampaikan fakta ... tapi, hakikatnya kita sedang menyampaikan prasangka .... nauzubillah min zalik ! mintak kita semua dijauhkan oleh Allah SWT dari melakukan perkara sebegini ...

Haaaa ... ni semua peringatan utk diri saya sendiri .... kalau ler saya ada melakukan sedemikian, saya mintak maaf lah ye .... sememangnya saya tak sengaja .... maafkan saya .... hu hu hu hu ...

Tuesday, May 10, 2011

Tips Kesihatan ...

Salam semua ...
Harini, kita buat entry kesihatan pulak ... umur dah meningkat ni kita kena extra care sikit lah kannn ... ngeeee .... got this from somewhere ... just sharing ... kan sharing is caring ... he hehe ... layan je lah ek ....


Tetapkan waktu makan Anda
Kebiasannya kita selalu makan terburu-buru dengan alasan sibuk bekerja padahal itu semua  hanyalah. alasan . Seeloknya, Anda bangun  awal pagi untuk mengatur jam makan Anda.Jangan sesekali lupa untuk mengambil makan pagi kerana makan pagi sangat penting untuk memjadikan anda bertenaga melakukan kerja.
Makan dengan terburu-buru sudah pasti menggangu sistem pencernaan kita.Badan terpaksa bekerja keras untuk menghadam semua makanan yang telah dimakan.

~ ni susah sikit ... aku suka makan tak tentu waktu ... camno nak ikut ni ??

2. Tidur cukup di malam hari
Badan yang sihat sememangnya memerlukan istirahat yang cukup di malam hari. Apalagi jika keesokan hari Anda harus melakukan banyak kegiatan berat. Tidur yang cukup akan membuat Anda lebih segar keesokan hari, bangun di pagi hari dan menikmati sarapan pagi tepat pada waktunya. Selain itu, Anda juga terhindar dari masalah tidur di tempat kerja yang akan menjatuhkan reputasi Anda.



 ~ ni pun susah gakk ... selalu waktu tido pun tak tentu ... issh issh issshhhh ...

3. Mengekalkan pemakanan sayur dalam hidangan
Apakah Anda sang pecinta sayur? Hmmm… tak banyak yang mengangguk kepala tanda setuju dengan kenyataan tadi.Namun kali ini Anda harus mengubah kebiasaan menu harian Anda.
Cubalah untuk makan sayur  dengan lebih banyak dari biasanya, makan terutama makan tengahari  dan malam. Nampak remehkan??hanya dengan memakan sayur,Anda sebenarnya membantu melancarkan  pencernaan makanan yang tidak diperlukan tubuh.




~ yang ni kegemaran aku ... aku memang suka makan sayur !! .. he hehee ..

4. Kurangkan garam
Tahukah Anda bahawa pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan  masalah kesihatan. Mengapa? ?Hal ini kerana  garam yang masin akan memaksa tubuh bekerja keras untuk memproses kandungan garam dalam badan yang akhirnya menyebabkan banyak nutrisi penting terbuang dengan urin manakala lemak dan kalori terus kekal dan mengisi ruang-ruang kosong seperti di perut, pinggang, paha, dan bahagian tubuh lainnya.



 ~ betul3 ... masin sangat, tak sedap tauu ...

5. Gantung baju kesayangan Anda
Beberapa minggu lalu  Anda membeli sebuah baju yang cantik sekali.Anda beranggapan baju itu pasti muat di tubuh. Tanpa berpikir panjang Anda pun membeli tanpa mencubanya. Tetapi  sayang sekali, setelah tiba di rumah Anda mencuba baju tersebut dan baju tersebut benar-benar ketat dengan badan anda. Dah la mahal tapi tak boleh pakai.Betapa kecewanya Anda apabila mengalami situasi sebegitu.
Usah rasa menyesal lagi! Gantung saja baju tersebut di bilik anda  dan usahakan untuk memakai baju tersebut walau apa cara sekalipun.Anda memang sudah ditakdirkan untuk memakai baju yang cantik itu.jadi mengapa perlu biarkan diri anda untuk kekal gemuk jika hati sudah meronta-ronta mahu memakai baju itu.Jadikan ini sebagai motivasi diri.Caranya? tentu saja dengan bersukan!

Sekadar hiasan

~ haaa ... yg ni sesuai utk yang nak diet or kurus ... aku ?? hmmmm ...

6. Less sugar please!
Hampir semua orang menyukai gula.tak kan terase nikmat secawan kopi jika belum cukup kemanisannya. Tapi awas dengan kemanisan kopi tersebut kerana manis yang berlebihan akan mengundang penyakit kencing manis. Kurangkan  gula dalam setiap menu Anda, baik makanan mahupun minuman. Jangan lupa minum air mineral 8 gelas sehari ya!
Kurangkan gula

~ ni penting nih ... tambahkan manisan pada senyuman pun dah cukup ... kan kan kannn ...

7. Batasi alkohol
Pengambilan alcohol sememangnya berlawanan dengan etika diet.alkohol akan menyebabkan seseorang itu mabuk dan hilang kawalan.Pengambilan alcohol yang berlebihan akan membawa kepada kematian.
Jadi,mengapa harus mengambil alcohol jika sudah tahu haram disisi agama Islam.Kandungan alcohol kan sentiasa kekal dalam tubuh badan yang akhirnya mengundang penyakit.

katakan tidak pada arak

~ haram weiihhh ... jangan buat pasal nak minum mende nih ...

8. Mulakan hari dengan green tea
Minum secawan green tea di pagi hari adalah tips diet terbaik dalam misi mengekalkan kesihatan serta menjaga kelansingan tubuh badan. Kandungan kafein yang terdapat dalam  green tea membuat Anda lebih tenaga dan semangat menjalani aktiviti seharian. Antioksidannya membuat Anda sihat dan jauh dari ancaman penyakit.




~ haaa ... aku suka ni ... aku memang peminat teh ... 

haaaa ... yang mana kita boleh ikut tu, kita buat lah kann ... pelan2 kayuh ... mesti boleh punya .... he he he ...





Thursday, May 5, 2011

Kaki Jalan

Salam semua ...

Lama sungguh tak wat entry ... bizi-bizi ... bizi ngan keje ... bizi ngan family ... bizi jenjalan ... ngeeee ... JJCM sana sini bulan lepas ... syiookk gak wehhh ... ha hahah ...

Selepas Tanjong Jara Resort, kami 4 beranak telah memanjangkan langkah ke UTARA pulakkk ... ke Kedah Darul Aman and seterusnya menjejak kan kaki ke Padang Besar di Perlis Darul Indera Kayangan ... he he he hee ...

Yang sebenornya, saje je bawak notty kiddos tu berjalan ... kasi dorang kenal negeri2 kat Malaysia ni ... pastu, kasi lah dorang cuba makanan2 kat negeri utara ni pulakk ... makanan pantai timur dorang dah terer makan dahh ... bak kata, my mom ... biar dorang explore & experience, gitu !! ... ngeh ngeh ngeh ... :p

Anak2 ku memang semuanya "kaki" jalan ... takde masalah kalau bab2 berjalan nih ...


tu diaaaa ... the "kaki" jalan ....

Nex month kan dah cuti sekolah pulakk ... si Gugurl dah tanya dah nak kemana pulakk ... aiseyman ... since plan nak ke Brunei Darul Salam dah postpone, nak kemana pulak ni ek ... wah wah wahh !!!itu akan difikirkan kemudian ... he heheh ...

Wahai kaki jalan sekelian, please put on your thinking hats and lets think nak kemana pulak selepas ini ... weehoooo !! ...