Wednesday, February 23, 2011

AdIk nak MaMa ...

Salam semua ...

today is my first day of working for this week ... i've been away from the office attending a training .... syiokk gakk training tu ....the title of the training was "Introduction to Creativity and Innovation Thinking Skills (Innovation, Creativity Circles and Excellence" ... haaaaa ... canggih kan namanya ... vavavoooommmm gitu ! ahaks ... aku dpt pujian gak lah masa buat presentation kat training tu ... hi hi hi ... kembang montot jap !! kih kih kih ...

I left my kiddos to Mr. Dad ... iyelah, kan gugurl schooling and adik pun kena gi tadika ... tak nak lah ponteng kan school dorang ... Mr. Dad memang capable of taking care of the kiddos excellently ... no doubt about it ... he's the best "daddy day care" in the world !! ... for my kiddos lahh ... he he hehe ...

Yang sedihnya semasa tiadanya aku di sisi the kiddos, adik jadi tak sihat badan .... demam plus ada ulcer kat bibir kiut beliau tu ... cian sangat !!! Yang paling aku tak tahan bila adik bercakap thru phone dengan aku ... hatiku terasa sangat2 sebak bila beliau kata, " mama ... ni adik ... adik rindu mama ... adik tak sihat ... adik nak mama ... adik nak mama" .... mengalir airmata aku bila dengar suara beliau yang agak tersekat-sekat tu .... huwaaaaaa !!!! .... menurut Mr. Dad, beliau sebut "nak mama" tu sampai ler terlelap ... aku memang sedih kalau beliau tak sihat ... adik ni sangat2 manja dengan aku & papanya ...



Ni lah kali pertama aku pergi training without the kiddos & Mr. Dad ... mungkin adik rindu sangat ngan aku kot ... coz, i've never been away from him before ... tu yang sampai demam2 dibuatnya ... mama mintak maaf sangat2 pada adik ye ... lain kali mama tak tinggalkan adik lagi ye ... I LOVE U SO MUCH, SAYANG !! ... I LOVE U BOTH ADIK & KAKAK ... ( and i love mr. dad too ... hi hi hi ) .....

ini macam kalu, aku kena gi training during cuti sekolah je ler gamaknya ...

Wednesday, February 16, 2011

BUSY DAY ...

Salam semua ...

Hari ni aku agak kebizian ... kerja tak abis2 ... dari opis sehingga membawa ke rumah ...

Sorry sangat2 to my family sebab malam ni tak dpt nak kuar sebab aku ada bawak balik kerja opis ke rumah utk diselesaikan supaya esok tak ler aku bizi sangat ...

Dinner pun was just a quick one je petang tadi ... aku dah janji ngan Mr. Dad utk terus ke kedai makan usual kami petang tadi sebaik aje time opis abis ...

To Mr. Dad, thank you darling sebab anda sangat2 memahami isteri anda ini ... and thank you jugak to my Gugurl, Zulaikha kerana telah sudi menemani Mama beliau menyelesaikan urusan kerjanya ... si Gugurl dok memekap main game kat tepi aku sebenornya ... sat2 dia kacau aku suh tunjuk kan camaner nak control game yang dia tengah main tu  ..  Mr. Dad dok kat bilik atas ngan Ubaidah ... si kecik tu tido ... keletihan gamaknya .... mesti tak tido kat nursery harini ...




Alhamdulillah, besides kena melayan si Gugurl ku yang notty itew, aku dapat juga selesaikan semua kerja yang aku bawak balik tadi ... weeehuuuu !!

Islam dan Valentines Day

Salam semua ...

I know that 14 Feb dah lepas ... tapi, saja je lah nak share mende2 kat bawah nih ... as a reading pleasure ... so, just read up lah ye if sudi ....

Oleh:
Ummu Nad (Sumilah Marto –Pengerusi Raudhatus Sakinah IKRAM Johor )

Tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh para remaja khususnya yang sedang dilamun cinta. Pada tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis bagi membuktikan rasa kasih dah sayang, manakala si gadis pula sibuk berhias untuk si jejaka. Sungguh indah dan bahagianya hari itu, bagaikan dunia dan segala isinya menjadi milik mereka.

Perayaan Valentine’s Day atau Hari Kekasih mula menjalar di kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan muda-mudi menjelang akhir tahun 1980-an seiring dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan dan juga filem-filem bertemakan perayaan tersebut.

Valentine’s Day diraikan melalui pelbagai acara yang tidak bermoral di mana pasangan muda mudi menghabiskan malam perayaan tersebut dengan bergaul bebas dan akhirnya terlibat dengan pesta seks. Tetapi adakah disedari, dari mana asal-usulnya sambutan Valentine’s Day ini?

SEJARAH VALENTINE’S DAY

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya. 


Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah tangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah
meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan “Love from your Valentine”. Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. 



ISLAM DAN VALENTINES DAY

Rakaman sejarah di atas membuktikan bahawa perayaan Valentine’s day langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. Rasulullah SAW melarang umat Islam meniru budaya orang bukan Islam kerana dibimbangi akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. 

Sabda baginda bermaksud: 

”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (Riwayat Abu Dawud).

Mengenai hukum menyambut Hari Valentine, seorang ulamak Arab Sheikh al-‘Utsaimin berkata: 

“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.


Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih serta menghindari perilaku yang menjurus ke arah meraikannya. Perilaku berikut wajar dielakkan:

1. Keluar berpoya-poya bersama kekasih dan menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2. Menghantar kad-kad ucapan Valentine Day di mana pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian. 


3. Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Sesungguhnya perbuatan di atas juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya akan menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina. 

Firman-Nya:
“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” (Surah Al-Isra’ ;32)


Kasih Sayang Dalam Islam

            Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari. Tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy dan salah satunya ialah golongan mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.'(al-Mukmin: 39).       Islam juga menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang   dibenarkan oleh syarak iaitu melalui perkahwinan, bukan melalui cara yang dilarang dan berbentuk   kemaksiatan


KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan yang diberikan, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine's Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah merupakan hari perayaan bagi orang-orang Kristian


Perlu kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” (al-Baqarah ayat 120)

Oleh itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi pula disarankan agar lebih proaktif untuk memastikan tiada acara sambutan hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Sebagai alternatif atau serangan balas kepada pihak yang mengadakan pesta besar-besaran pada hari tersebut, program-program berikut mungkin boleh dijalankan:

1. Mengadakan forum-forum bertemakan “Kekasih Awal dan Akhir” di mana isi perbincangan berkisar kepada menghidupkan kecintaan kepada Yang Maha Esa dan agamaNya.

2. Menyuburkan budaya ziarah menziarahi kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang lain bagi menyuburkan kasih sayang yang semakin pudar disebabkan kesibukan tugas masing-masing.

3. Mengadakan sambutan hari keluarga samada di peringkat individu,organisasi atau kawasan.

Dengan adanya program alternatif yang dirancang seperti ini, diharap umat Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih' yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya menggunakan masa dan waktu dengan melakukan pekara yang mendatangkan manfaat di mana matlamat akhirnya adalah menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.


Tuesday, February 15, 2011

KaMi hAlAl KaN ...

Salam semua ..

Ada kisah yang tak best telah berlaku di rumah ku ... RUMAH KU TELAH DI CEROBOH !!! ..

Perkara ni berlaku di pagi Sabtu lepas (12 Feb. 2011) ... memandangkan pagi tu adalah hari cuti, setelah selesai solat Subuh, kami semua decide nak tido lebih masa ... setelah puas tido, aku and Mr. Dad pun bangun ... masa tu lebih kurang jam 8.00 pagi rasanya ...

Seperti biasa setelah selesai bersiap ... Mr. Dad pun buka lah pintu untuk keluar start kereta ... sebab nak keluar beli sarapan yang betulnya ... beliau terkejut tengok pintu kereta tak bertutup rapat ... "arrgghhh sudahh !!" detik hati beliau ... "ada yang tak kena nih" ... detik hati beliau lagi ... beliau pun memerhatikan keadaan sekeliling ... dilihatnya pintu almari kasut di hadapan kereta beliau terbuka luas (selalunya memang sentiasa tertutup) ... "hmmm ... sahlah ni ... mlm tadi ada org masuk utk mencuri" kata beliau di dlm hati ...

Ada a few things yang kena ambil aka curi ... 2 pasang kasut Mr. Dad ... sepasang Dr. Cardin and sepasang Caterpillar high-cut shoes/boots from the shoe cupboard .... and a swiss knife set from the car ... lucky si pencuri tu tak cungkil and bawak lari radio kat dlm kete tu ... rasanya Mr. Dad terlupa nak lock his car malam tu kott ..

Tapi, kami bersyukur pada Illahi sebab pencuri tu tak masuk ke dlm rumah kami ... kami bimbangkan keselamatan anak2 kami tu ... iyelah ... barang2 yang dicuri tu boleh dibeli semula ... nyawa mana nak cari ??? Sykur kami pada Illahi ... 

Despite of what had happen ... Mr. Dad kata ... beliau halalkan segala apa yang telah diambil or hilang tu .... semoga Allah memberi hidayah & petunjuk kepada pencuri tu supaya sedar akan perbuatannya itu and bertaubat or at least ingat pada Allah dan dosa yang telah dilakukannya ...


Kami berdoa dan memohon pada Allah s.w.t semoga kami dihindari dari perkara sebegini in the future ... syukran ya Allah ... syukrann ...

Friday, February 11, 2011

SYUKRAN YA ALLAH .... SYUKRAN

Salam semua ...

Harini aku bersyukur sangat2 pada Allah ... sebab ada jugak orang yang kesian kat anak girl aku, Zulaikha.

Begini kisahnya ...

Pagi ni, masa aku tengah memasukkan beg aku, beg lektop aku, beg sekolah Zulaikha and bakul baju Ubaidah ke dlm kete aku ... ni semua tu routine aku hari-hari sebelum nak ke tempat kerja ... beg sekolah and bakul baju tu nak dihantar ke nursery ... aku terdengar seolah-olah ada orang melaung dan memanggil nama ku ...

Aku tergezut terkejut gakk ... sapelah yang memanggil aku tu ... toleh punya toleh baru lah aku kenal orang tu ... jiran aku rupanya .... aku pun terus ler meluncurkan kete ku ke hadapan halaman rumahnya ... aku ada gak berkata-kata dlm hati ... "isssh apahal lak kakak and abang ni pangil2 aku ni ... aku ada buat salah ker (rasanya aku tak buat apa-apa pun)" ... aku ada bercerita hal diorang kat sapa2 ker ?? rasanya aku tak pernah melibatkan diri dlm hal diorang ... sebab aku ni jenis yang balik jer umah from opis terus masuk dlm umah ... tak kuar2 lagi sampai ler lepas maghrib ... kuar hantar anak2 ke kelas tuisyen or piano ... ujung minggu pun aku jarang ada kat umah ... memanjang jer langkah kitorang anak beranak ke sana-sini ... 

Aku pun memberanikan diri utk bertanyakan apakah hal nya ... abang tu kata, "takde apa2 ... ni, kami ni saja nak tolong kamu" ... katanya ... "kami kesiankan anak kamu tu (Zulaikha ler maksud diorang) ... dok ler sorang2 depan sekolah QAFA tu menunggu van nak ke nursery" kata kakak tu pulak ... "jadinya, kami ni nak tolong ler ambik dia bawak balik umah and terus hantar ke sekolah Convent tengahari nya" sambung kakak tu tadi ... fuhhhh !! ... lega aku !! ... ingatkan apa tadi ... aku pun tersenyum dan dlm hati bersyukur pada Allah ... ada jugak orang yang nak menolong aku ...

my gugurl ... NUR FARIHAH ZULAIKHA ...


Aku pun terus mengucapkan terima kasih kat diorang husband and wife ... aku kata, aku akan ckp kat Mr. Dad dulu ... nak mintak buah pikiran pendapat dia pulakk ... kalau ok, nanti aku re-confirm balik kat diorang husband and wife ...

Akhirnya Mr. Dad dah kasi kata putus petang tadi ... katanya, kalau abg and kakak tu nak tolong, memang dia suka sangat2 lah ... dia pun lega sikit waktu tengahari nanti ... kalau tak, terkejar-kejar dia merempitkan motorsikal nya nak fetch Zulaikha and hantar ke school ... (gugurl ni kadang2 terlambat beberapa saat or seminit dua ke school) ... bahaya jugak tu kannn ... tapi, aku suggest kan waktu balik aje Mr. Dad fetch Zulaikha ... iyelah ... tak nak lah take things for granted atas pertolongan abg and kakak tu kannn ... kami sedar diri ...

So, conclusion nya ... kami setuju !!! weekend ni akan ku kabor kan pada abang and kakak tu ... sekali lagi, kami ucapkan terima kasihhhh sangat2 pada mereka ... alhamdulillah & syukran ya Allah ... syukrann ... aminnn ....

Thursday, February 10, 2011

PENCIL SHARPENER

Salam semua ...

Today before lunch time, Mr. Dad ada call me ... he said something had happened to Ubaidah (my son).

Tadi, masa nak fetch Zulaikha from the nursery nak hantar ke sekolah .... Ubaidah terus berlari menerpa ke arah Papanya sambil menangis tersesak teresak-esak ... bila ditanya kenapa menangis, beliau tak jawab ... haisshhh ... kata Mr. Dad dalam hati ... buat hal pulak si kecik ni ... kang lambat pulak nak ke sekolah ni ...

Terus Mr. Dad tanya kat si kakak ... "adik kamu ni kenapa kak ??" ... jawab si kakak " ada budak girl buat dia tadi" ... Mr. Dad tanya lagi "buat apa kat dia ?? ... kamu tak jaga adik kamu ke ??" ... jawab si kakak lagi ... "masa tu kakak lum balik dari QAFA lagi ... sampai jer nursery, adik memang dah nangis" ... terus ter kebil-kebil mata si kakak menunggu pertanyaan apa lagi yang bakal ditanya oleh Papanya ...

Mr. Dad pun terus peluk-peluk Ubaidah gaya memujuk supaya beliau bertenang ... dibasuhnya muka Ubaidah dekat paip kat porch nursery tu ... setelah bertenang & berada di dlm pelukan Papanya, baru lah Ubaidah nak bercerita al kisah apa yang telah terjadi ...

Rupa-rupanya, budak girl tu sharpener jari Ubaidah gaya nak sharpener pensil tulis .... boleh gitu ?? ... Yang Ubaidah ni merelakan lah pulak jarinya diperlakukan sebegitu rupa ... haaiissshhh ... budak2 kannn ... tak tau apa2 ... bila terasa sakit, baru lah dia menangis ...




Masa tu pulak, pengasuh nursery tengah sibuk siapkan makanan tengahari utk anak2 ... mungkin tak perasan apa yang anak2 tu main ... but, this should not happen lah kannn ... Alhamdulillah, jarinya tak luka teruk ... terkena sikit aje .... nak kena voice out jugak kes ni kat Pengetua nursery ni ... iyelah, tak nak kes berulang lagi ... anak2 tu kena educate lagi ... they do not the do's and the dont's yet ...

Hai ... Ubaidah ... Ubaidah ... macam2 lah kamu ni ... apa2 pun, Mama tetap sayang kamu ! muahhss ...

Tuesday, February 8, 2011

KOTA BHARU ... SHOPPING, CLAMP, EKZOS ...


Salam semua …

As usual, setiap kali ada je cuti panjang, maka akan panjang jugak lah langkah kami 4 beranak ni … since it was a long stretch of holiday due to Tahun Baru China Cina … this time we chose Kota Bharu, Kelantan as our destination …

Masa ni, negeri-negeri di Selatan (Melaka / Negeri 9 / Johor) sedang hebat dilanda banjir … kesian kannn … semoga mereka yang affected tu selamat lah hendaknya … aminn …

Last year, if not mistaken adalah 3 kali kami ke negeri taklukan Tok Nik Aziz ni … kami rasa seronok ke sini … melihat suasana nya aje dah terasa aman damai … rumah2 mereka didirikan atas tanah mereka sendiri ... adatlah ... ada yang cantik ada yang biasa2 aje ... tapi mereka bangga sebab itu tanah sendiri ... bab bisnes pun banyak dipelopori dek orang-orang Melayu … alhamdulillah !!

Kat Kelantan ni, semua org akan “kecek bahasa Kelate” … tak kira lah orang Cina or orang India … they speaks the same language ….

Perjalanan kami dimulakan pada hari Khamis sebelum masuknya waktu Suboh ... kami solat Suboh di perhentian PLUS Bukit Gantang ... quite a convenient stop ... thank you, PLUS ... he he hehe ... for this trip we made a few stops and lama sikit ... so, we end up kat Kota Bharu about 2.00 pm and terus ke restoran Yati Ayam Percik utk santapan tengahari ... apa lagi, pekena nasi kerabu dengan daging bakar & ayam percik lahhh ... hmm yummy !! ... alhamdulillah ...

Lepas makan terus check in kat hostel ... bukan hotel tauu ... ni ala2 jom jalan2 versi budget murah baik punyaa ... ha ha ha ... TERBAEKKK !! ... kih kih kih ... memang kami akan stay kat hostel ni bila ke Kota Bharu ... murahh ... facility ala2 hotel lah jugakk cuma tak luxurious lahh ... tapi, kami tak kisah ... asal ada tempat nak mandi & tido, ok je ..

Malam tu, kami dinner kat Papa Grill Mama Chop ... menu western gitu ... atas permintaan anak girl ku, Zulaikha ... 

Habis dinner, kami ke Wakaf Che Yeh ... Wakaf Che Yeh ni ibarat pasar malam … yang besar … sama macam down town or up town kat KL nun …. Tapi, kat sini lagi meriah & besar …. Harga barang pun boleh tahan … kalau pandai tawar menawar, memang syok ler berbelanja … 

Esoknya, selepas Mr. Hubby selesai solat Jumaat di Masjid Muhammadiah aka Masjid Besar, our next stop was Pasar Besar Siti Khadijah aka Pasar Bulat and MPKB ... shopping & shopping till you drop, kata omputih ... hi hi hi hiii ...

Bab shopping kali ni telah dikonker oleh anak girl aku, Ms. Zulaikha ... dia punya shopping mengalahkan mummy dia ... haisshhh sabor jer lahh ... shopping sakan kamu yerr !!! ...

Malamnya kami dinner kat Rida Ikan Bakar ... very unique ikan bakar menu ... tapi, kami tak makan ikan bakar pon ... sebab aku tak berapa selera pulak malam tu ... perut kenyang minum air byk sangat sebab aku batuk2 ... lagipun, ikan yang ada semua besor2 belaka ... aku pilih dua ekor sotong (medium size) and lima ekor udang besor utk di bakar ... u guys should try it ... the bakar seafoods tu makan dgn nasi putih, ulam-ulaman segar and sambal cicah nya ... very delicious !! ..
Dah siap dinner, kami balik ke hostel ... sebab semua dah kekenyangan and keletihan ... tak leh nak sambung shopping2 lagi ... tak larattt .... 

The next morning tu, Saturday lah kann ... kami gi breakfast kat Hayaki ... our favorite breakfast place ... alhamdulillah ada seat ... masa pegi morning Jumaat tu, takde seat langsung ... the place was fully packed ... terpaksa lah breakfast elsewhere and we ended up kat Kemaman Kopitiam on that Friday morning ...

Selesai breakfast, something happen to our car ... all of a sudden our car got CLAMPED !! ha haha ... tak pernah2 seumur hidup kami berkereta, ini ler kali pertama kereta kena clamp ... ni yang aku hangin nih !! ... demm !! ... Mr. Hubby pun berusahalah telepon penguatkuasa yang telah mengelem kereta aku tu ... we bailed out the car with RM100.00 fine and we insisted a receipt to be issued or otherwise, kitorang nak pegi opis Majlis Perbandaran tuu ... blackmail nak buat aduan ler kononnya ... he hehehe ... 

 haaaa ... kena clamp macam ni ler haritu ...

We got back to the hostel and prepared ourselves for the trip home ... we had our lunch at Nasi Ulam Cikgu ... very famous eating outlet jugak ni ... a must try jugak ... he hehe ...

Selesai lunch, we begin our journey heading to home ... jalan memang jammed giler ... every where packed ... even the news on the radio said so ... normally our trip would only be about 7 to 8 hours aje ... tapi, this time it took us almost 12 hours to reach home ... tapi, syukur alhamdulillah kitorang sampai umah dengan selamat nya ... thank you Allah ... Cuma my son ada luka sikit kat kaki dia ... terkena ekzos kereta masa buat stop kat Petronas Jeli ... kesian dia ... 




Ok lahh ... itu je lah yg aku nak citer ... terpanjang pulak entry aku kali ni ... hi hi hi ...ta ta ti ti ti tuuu ... he hehe ...