Tuesday, February 21, 2012

"ORANG TUA TIDAK MASUK SYURGA"

Salam semua ...

Just nak share sikit ... mesti you all hairan baca tajuk kat atas tu kann ...

Apa ??? orang tua tak boleh masuk syurga ? Macam ni, semua kena mati muda lah ye ?? Jangan tunggu tua !... Adoyaiiii ....

Kenapa orang tua tidak masuk syurga ?? Mesti ada yang tanya kenapa pulak ?? kalau orang tu tu jenis yang baik, warak dan beriman ... tak boleh masuk syurga ke ??? ... jangan marah ekk ...

Siapa cakap orang tua tidak masuk syurga ?? ... Nabi Muhammad S.A.W yang cakap tauu ... haaa ... terkejut lagi lah ni kann ... he heheheh .... pandai-pandai je I ckp ... Nabi Muhammad S.A.W yang ckp mcm ni kann ... ada ceritanya ... meh baca lagi kat bawah ni ....


Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi saw, lalu berkata : Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah saw bersabda : Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.

Lalu menangislah si perempuan tua itu.

Dengan segera Rasulullah saw bersabda : Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.

Lalu dibacakan firman Allah SWT yang tafsirnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya.

Firman Allah SWT : Surah al Waaqi'ah [Surah 56][Ayat 35-37]

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧ 

Sesungguhnya Kami adakan (untuk mereka) bidadari-bidadari dengan suatu kejadian. [35]
Lalu, Kami jadikan mereka itu sentiasa perawan.[36]
Yang mencintai suaminya serta sebaya umurnya.[37]



[Hadis Riwayat at-Tirmizi]
Rujukan :
al-Quran al-Kareem



Oleh yang demikian, itulah ceritanya .... :D

2 comments:

  1. jadi tak payah le sebok2 nak awet muda kan kan... heheheheh..

    ReplyDelete