Wednesday, October 31, 2012

PABILA CIK SANDY KE THE UNITED STATES OF AMERICA ...


Laporan dari BERNAMA ...

tenggelam ...


NEW YORK –  Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kotaraya New York dan Sandy adalah taufan yang paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga menyebabkan bandaraya itu terputus bekalan elektrik.
Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.
Seorang rakyat Malaysia yang menetap di sebuah kompleks apartmen di 38th Street, yang terletak di tengah pulau itu dan bersebelahan dengan East River, memaklumkan air hujan memasuki kediamannya sekitar pukul 2 petang, Isnin, akibat hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.
“Air hujan masuk melalui celah-celah tingkap rumah, walaupun tingkap sudah ditutup, angin yang sangat kuat menyebabkan tingkap rumah saya bergegar dengan itu kunci terbuka dengan sendirinya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Dilla ketika dihubungi Bernama lewat malam Isnin.
Beliau, yang menetap di tingkat 25 kompleks apartmen setinggi 54 tingkat dengan 840 unit itu, berkata air hujan juga membolosi kediamannya menerusi penyaman udara sehingga membasahi bilik dan ruang tamu rumahnya.
Beliau yang tinggal seorang diri dan baru berpindah ke kota raya itu setelah dihantar bertugas dengan sebuah jabatan kerajaan di sini turut terputus bekalan elektrik.
“Selepas tidak ada elektrik, saya kunci rumah dan turun ke tingkat 11, menumpang rumah rakan sekerja, yang turut tinggal di kompleks yang sama,” katanya.
Katanya, sekitar pukul 2 dan 3 petang, langit menjadi sangat gelap dan aliran air sungai East River bergelombang sangat kuat.
Kebanyakan mereka yang tinggal di bangunan kompleks itu bekerja dengan jabatan dan agenci kerajaan Malaysia yang berpejabat di New York.
Kawasan tengah pulau Manhattan itu tidak berada dalam zon yang terjejas teruk dan wajib pindah.
Beberapa rakyat Malaysia yang menetap di Brooklyn pula, antara lain, menggunakan laman sosial Facebook memaklumkan mengenai kejadian angin kencang serta merasai bangunan pangsapuri mereka seakan bergegar.
Beberapa rakyat Malaysia di Connecticut melaporkan turut mengalami putus bekalan elektrik dan seorang daripada mereka pernah berpengalaman terputus bekalan elektrik sehingga sepuluh hari semasa berlakunya taufan Irene pada tahun lepas.
Dalam komunikasi menerusi laman Facebook, beliau melahirkan kebimbangan memandangkan stok makanan sejuknya terutamanya daging halal akan rosak sekiranya gangguan bekalan elektrik berpanjangan.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di negeri-negeri yang terlibat dengan taufan Sandy seperti di Maryland, Virgina, Delaware, New Jersey, New York, Connecticut, memaklumkan mengenai keadaan mereka pada status laman Facebook mereka.
Antaranya memaklumkan mengenai angin yang sangat kencang dan maklumat terkini mengenai kawasan mereka.

- BERNAMA

cik As berkata-kata :
kebesaran Allah S.W.T. ... tiada apa dan siapa yang mampu menghalangnya ...

Tuesday, October 30, 2012

MENU MENGEJUT AIDIL ADHA ... ngeee



sehari suntuk a day before Aidil Adha dok pikir nak masak apa ... tanya Mr. Dad nak rendang tok or not ?? katanya takmo ... nanti kan akan dapat daging jugak ... betul gak kann ... tak yah dah nak gi beli daging ...

akhirnya cik As beli 1 whole chicken yang hanya di potong 4 sahaja ... masa tu tak tau lagi nak buat apa dengan ayam tu ... boleh ?? ...

then masa lalu kat bahagian spices masa kat Tesco, ternampak satu spice ni ... terus grab and tercetus lah idea nak buat Lemon Pepper Roasted Chicken ... di kawan kan dengan nasi ayam, tomato, salad and timun jepun ... senang kann ... he hehe ... ayam diperap terlebih dahulu pada malam harinya ...

first time cuba ... memang sedap spice ni ...

maka, di pagi Aidil Adha nan mulia itu terhidanglah Lemon Pepper Roasted Chicken with Nasi Ayam ... he he he heee ... gambar of the said menu tak sempat snap ... habis kena ngap dengan 3 lagi penghuni rumah cik As ... hi hi hi hiii ...

habis separuh ayam tu dimakan dek Mr. Dad, Zulaikha and Ubaidah ... yang lagi separuh tu, cik As bawak ke rumah MIL ... alhamdulillah semua kat sana yang merasa masakan cik As ni kata sedap sangat ... suka betul cik As ... ngeeee ...

rasa berbaloi bangun pukul 6 pagi memasak ... ini macam, boleh ler cik As buat lagi kann ... he he heheeee ...



Monday, October 29, 2012

ADOYAII ... SEMBAB PULAKK ...



"kak As nampak lain sikit lah harini" sapa seorang office mate tadi ... alamakk !! lain ?? "emmm ... mata kak As nampak kecik" katanya lagi ... aikk !! apasal ek ?? kata cik As di dalam hati ... terus gi toilet and belek muka sendiri ...

OMG !!
mataku sembab !! alamakk ... tak besh nya rasa ... hu hu huuu ...

yang benornya, cik As tak cukup rehat & tidur ... mana taknya ... dari hari Khamis ( a day before Aidil Adha ) dah cik As dah sibuk ... sampai ler ke semalam ( Ahad 28 Oct. ) ... he he heheee ...



hmmm ... got to get these eyes fixed ... jommm, it's SPA TIME !! ... ngeeee ...


Friday, October 19, 2012

BUNYI KOMPANG ...


the wedding bells are ringing ... he he hehe ... itu kalau omputih ler ...

kalau orang melayu, mungkin kita boleh kata ... kompang dah berbunyi ... hew hew hew hewww ...
buleh ke ?? kena rujuk dewan bahasa & pustaka kot ... bha ha ha haaaa ...

hujung minggu ni dan hujung minggu depan, family MIL cik As akan menjadi super sibuk ... ada wedding ! ...

yuppp ... adik bongsu (Faizal aka Atan) Mr. Dad akan bernikah sabtu ni (20.10.2012) ... 2 in 1 reception gitu ... nikah jam 10 pagi dan naik pelamin untuk majlis persandingan pada tengaharinya pulakkk ...

hujung minggu depan nya pulakk (27.10.2012 yakni sehari selepas Aidil Adha) adalah majlis resepsi belah lelaki pulakk ... kali ni kendurinya bukan di adakan di resident in-laws cik As ... ianya akan di adakan di VIRGO, Teluk Batik ....



diucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU to FAIZAL & MASTURA ... 
SEMOGA DIKEKALKAN JODOH DAN BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA ...


p/s : selamaaatt pengantin baruuu ... ting ting ting tinggg (nyanyi cam saloma) ... he heheheee ...


Friday, October 12, 2012

DINNER, DAUN BARU ... HE HE HEEE ...

Salam semua ...

Nak citer findings terbaru ... semalam cik As ada terlebih rajin sikit ... cik As masak dinner ... yes, you heard it right ... cik As masak ! ... ha hahaa ... kan it's been ages cik As tak masak ... dasar penyegan ! kih kih kih ...

Mr. Dad call from his opis tengahari semalam ... "sayang, nanti petang I masak nasi ek" katanya ... haaa ... Mr. Dad ni bab masak nasi ni he memang champion ... sedap tau nasi yang dia masak ... he heheee ... so, apalagi ... kenalah isteri nya yang "rajin" ni plan something to be served on the dinner table kann ... tak kan nak serve sambal sardin, baked beans and omelet all the time masak during weekdays ...  menu kacang ... hu huhuhuuu ...

Jadinya, pikir punya pikir ... cik As dapat mentol di kepala ... nak stop kat kedai jual seafood tu ler ... manalah tau kot2 ada ketam or udang ke ... gempak gak buat lauk dinner ni ... fikir cik As ... he heheeee ... so, pulang nya cik As dari opis ... terus singgah kat kedai tu ...

Bukak punya bukak tudung kotak-kotak polisterin tu, tak berkenan lah pulak dgn isi perut kotak-kotak tu semua ... yang ada, ikan kerapu yang besarnya sepanjang tapak tangan Ubaidah (baby ikan kerapu ler kott) ... ikan gelama mak iloi-iloi ... ketam yang kecik-kecik ... huuhhh ... mood iolls dah nak mula hilang dah ... hampir-hampir nak start kereta and pergi kedai tomyam berdekatan untuk order lauk yang siap di masak ...

Tiba-tiba tokey kedai kata, tunggu kejap ye cik adik ... tu husband saya sampai ... baru balik dari tangkap ikan ... Wahh ! iolls pun terujalah ... manalah tau kot-kot ada haiwan laut yang okay untuk ku masuk kan ke kuali ku ... he he heeee ...

Ternyata rezeki menyebelahi cik As ... alhamdulillah ... dapat lah cik As beli udang size XL setengah kilo ... sotong setengah kilo and satu jenis ikan yang tak pernah ku beli/masak/makan ... jakun seketika ... tanya kat tokey tu apa nama ikan tu ?? ... katanya ikan "daun baru" ... Uikkss ! pelik betul nama ikan ni ... tak pernah den donga pun ... kih kihkih ... sowi lahh ... den ni tak konal ikan sangat ... he hehe ...

ni ler ruper ikan daun baru nii ... pertama kali ku beli dan masak ... sedap uollss !! ..

Sekali lagi, cik As mendapat mentol di kepala ... dapat idea nak masak apa dengan ikan tu ... Melihatkan pada paras rupa ikan tu, mesti sedap masak taucu ... yang kuah tak byk ... letak beberapa biji cili api belah dua, halia, bwg putih, bwg merah and bwg besar hiris bulat ... perggghhh ... sedapp I tell youuu ! ... di padankan dengan udang goreng kunyit and as for the vege, cik As goreng sayur kobis ... simple aje dinner weollss malam tadi ... habis 2 pot kecik beras/nasi ... alhamdulillah ....



Lepas ni kita try ikan lain pulak ... he heheeee ... till then, tata ...

p/s : sowi .. tak sempat nak snap gambar lauk ... habis di baham sepantas kilat ... he hehe ..