Friday, July 20, 2012

WHAT'S FOR SAHUR EK ??

Salam semua ...

Hmmm ... nak masak apa ek for sahur pagi nanti ?? .... takde idea dah ni ... sebabnya dah lama sangat dapur kat rumah ni tak berasap ... hu huhu ...

Tengahari tadi, Mr. Dad ada telipon ... katanya, "Sayang, malam nanti lepas solat Tarawikh, kita gi TESCO ek ... beli lauk for sahur ... dah lama awak tak masak kann ..." ... he heheheeee ...

OK lah en. abang sayang .... malam ni kita gi TESCO ye .... kita borong lah apa yang menarik yang boleh dijadikan habuan sahur .... jap lagi balik keje nak gi tengok kat gobok groceries tu ... nak catit barangan yang nak kena beli .... hik hik hik ...

Salam Ramadhan

Salam semua ...

Berlalu sudah Syaaban, kini Ramadhan menjelma kembali. Bulan seribu rahmat. Alhamdulillah.. bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana diberikan rezeki dan dipanjangkan umur dapat kita merasai sekali lagi bulan yang penuh barakah ini. Bagi I, rugi kalau kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekatkan lagi diri kita dengan Allah S.W.T.

Dengan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua saudara mara serta rakan taulan kami .... semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk kita semua menjalani ibadah ini dan semoga semua amalan yang baik kita diterima oleh Nya ... insyaAllah ... aminnnn ....





Semoga kita bersederhana di dalam bulan ini ... jangan lah kita membazir dek kerana hasutan nafsu ... kalau ke pasar ramadhan tu, beringat-ingat lah ye ... bukan takde hari lain lagi nak membeli ... Ramadhan kan sebulan ... bajet-bajet ler ketika membeli ... ini peringatan untuk myself jugakk ... he he heheeee ...

Till then, tata ...




Wednesday, July 18, 2012

DEEP FRIED CAT ??? Ooooo Nooooo ....

Salam semua ...

Kan kat rumah I ada cat ... seekor je pun ... DOLLY nama di beri ... yuppp ... it's a girl he heheee and Zulaikha suka panggil dia Dolly Pancake ....

Malam tadi, ini Dolly sudah buat hal ... dia telah meminyak kan seluruh rumah ... hadoyaiii ...

Kisahnya, si Dolly ni nak menangkap si cicak ... dia memang suka tangkap cicak, lipas, cengkerik or apa2 je serangga ler ... lalat pun dia akan cuba tangkap jugakk ... dah kebiasaannya memang semua mangsa-mangsa  tu akan tumpas di tangan si Dolly nih ..

Back to malam tadi punya kisah ... Dolly cuba nak tangkap cicak kat my wet kitchen ... kebetulan ada satu kuali besar yang penuh dengan minyak kat atas dapur tu ... the kuali was actually covered dengan satu tudung periuk...



Agaknya si Dolly ni tersalah langkah kott ... terus jatuh kat atas kuali tadi ... ibarat sudah jatuh di timpa tangga, Dolly jugak terjatuh terus ke dalam minyak yang penuh dalam kuali tadi .... daripada elok-elok kering ... bulu pun fluffy ... terus jadi macam gambar kat bawah ni ....

mandi minyak ....

Habis satu rumah berminyak dibuat nya ... Tapi, kami bersyukur sangat ... minyak tu sejuk ... bukan minyak panas ... I have left the minyak there a couple of days ago ... kalau tak, jadi lah DEEP FRIED CAT .... hu hu u huuuuuu .... maka, kenalah Mr. Dad mandikan si Dolly ni malam tadi jugak ... he he heee ... cian Dolly kannn ...




Monday, July 2, 2012

LTSA ... long term service award

Salam semua ...

Baru-baru ni, my office ada buat Sports Carnival kat Penang ... and ada jugak Grand Dinner di mana staff-staff yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan 15 tahun telah di beri penganugerahan "Long Term Service Award" ... and guess what ?? myself jugak adalah diantara penerima anugerah itu ... 





Masuk dalam akhbar KOSMO youuuu ... jangan marahhh ... baca artikel kat bawah ni ... ^_^ ...



 2 Julai 2012
http://ads.perfisio.com/www/delivery/lg.php?bannerid=373&campaignid=304&zoneid=48&loc=1&referer=http%3A%2F%2Fkosmo.com.my%2Fkosmo%2Fcontent.asp%3Fy%3D2012%26dt%3D0702%26pub%3DKosmo%26sec%3DKomuniti_Kita%26pg%3Dkk_04.htm&cb=50c7a65a23KOMUNITI KITA
Malakoff hargai sumbangan warga kerja
SEBAHAGIAN warga kerja Malakoff yang diraikan pada program hari keluarga di Pulau Pinang baru-baru ini.



PENGHARGAAN. Bagi menghargai sumbangan warga kerjanya, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) baru-baru ini menganjurkan Hari Keluarga dan Penghargaan 2012 selama dua hari di George Town, Pulau Pinang.

Bertemakan Tubuh Sihat, Minda Sihat, program tersebut melibatkan acara padang dan sukaneka manakala kemuncaknya ialah majlis makan malam di Hotel Berjaya George Town yang dihadiri kira-kira 1,000 warga Malakoff serta keluarga masing-masing.

Pada majlis itu seramai 127 warga Malakoff menerima anugerah lama berkhidmat yang menerima sijil dan wang tunai disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainal Abidin Jalil.

Manakala 25 anak-anak kakitangan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia pula menerima insentif RM500.
Iklan@KOSMO!